fbpx

Emma Maembong dikecam bergelek, baju corak Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Emma Maembong dikecam peminat gara-gara bergelek sakan sementelah 'memperagakan' hoodie bercorak bendera Palestin.

PETALING JAYA – Pelakon jelita Emma Maembong ditegur tidak sensitif apabila memakai jaket sejuk (hoodie) yang direka dengan corak bendera Palestin, namun ‘memperagakannya’ dalam keadaan bergelek dan menari sakan.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail dalam Instagram, pelakon berusia 31 tahun itu dilihat menggayakan hoodie yang terang-terangan memaparkan pakaian tersebut tertera bendera Palestin ketika menari-nari bersama adik beradiknya yang lain.

“Family time (waktu bersama keluarga),” tulisnya.

Bagaimanapun, tindakan pelakon berstatus ibu kepada dua orang cahaya mata itu membuatkan segelintir pengikutnya berasa kurang senang, apabila menganggap perbuatannya bersuka ria sambil bergelek dengan memakai hoodie bercorakkan bendera Palestin sebagai tidak sensitif dengan peperangan yang sedang berlaku di negara tersebut.

“Baju sudah Palestin (corak), tapi bergelek pula. Bukan tak suka Emma, cuma rasa tak kena. Tolonglah orang di sana (Palestin) sedang bersedih,” ujar seorang netizen.

“Nak bergelek pun janganlah pakai baju Palestin. Langsung tak sensitif,” ujar seorang lagi netizen.

“Tak faham manusia begini. Atau memang tidak ada perasaan?” tegur seorang pengguna Instagram.

Walaupun ditegur, Emma dilihat langsung tidak memberi respons terhadap teguran yang diberikan kepadanya dan hanya membalas komen netizen yang tertarik untuk membeli hoodie tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI