fbpx

Nasib Tze Yong makin tipis ke Jelajah Dunia Akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUANG Tze Yong untuk mara ke Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China bulan depan dilihat semakin tipis.

PERSEORANGAN lelaki negara, Ng Tze Yong dijangka berdepan tugas sukar dalam usahanya memburu kelayakan ke kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, ­China bulan depan.

Pemain No. 15 dunia itu dikatakan perlu mara sekurang-kurangnya ke perlawanan akhir pada China Masters yang bermula hari ini selain mengharap­kan pencabar terdekat, ­Anders Antonsen dari Denmark tersekat di suku akhir.

Jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan, Hendrawan tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kepada anak buah­nya itu meskipun beliau mahu melihat Tze Yong mara sejauh mungkin pada China Masters.

Bagi beliau, walaupun peluang Tze Yong untuk ke Jelajah Dunia Akhir dilihat semakin tipis, namun sekurang-kurang­nya beliau mahu Tze Yong terus mengutip mata ranking dunia dan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

“Pada Terbuka Hylo sebelum ini, ia tiada dalam perancangan kita. Ketika di Terbuka Perancis, dia layak hingga separuh akhir, sebab itu kami masukkan namanya untuk menyertai Terbuka Hylo untuk kejar kelayakan ke Jelajah Dunia Akhir.

“Hakikatnya, ketika Tze Yong layak ke suku akhir Terbuka Perancis pun kami belum buat sebarang keputusan lagi. Dengan keadaan sekarang, saya rasa ia lebih susah (layak ke Jelajah Dunia Akhir),” kata pengendali dari Indonesia itu.

Justeru, beliau amat mengharapkan Tze Yong dapat menampilkan aksi terbaik dan melayakkan diri sekurang-kurangnya ke separuh akhir atau akhir pada China Masters bagi menghidupkan peluang ke Jelajah Dunia Akhir.

Berdasarkan peraturan BWF, hanya pemain atau beregu dalam kelompok lapan teratas saingan Jelajah Dunia dapat melayakkan diri ke kejohanan penutup tirai kelendar BWF itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI