fbpx

Mangsa banjir Terengganu meningkat 2,751 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk meredah banjir di Kampung Alur, Surau Panjang, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir yang melanda Terengganu semakin memburuk dengan 2,751 mangsa daripada 735 keluarga telah terpaksa berpindah ke 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Besut menjadi daerah terbaharu selepas Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Marang dilanda banjir ekoran hujan lebat berlarutan sejak Sabtu lalu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat pukul 4 petang, seramai 2,751 mangsa daripada 735 keluarga telah terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kuala Nerus paling terjejas dengan 1,105 mangsa daripada 297 keluarga berada di tujuh PPS.  Seramai 771 mangsa daripada 228 keluarga pula berada di empat PPS di Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap JPBN Terengganu berkata, seramai  596 mangsa daripada 152 keluarga berada di dua PPS di Marang.

Tambah beliau, dua PPS telah beroperasi di Setiu dengan 26 mangsa daripada enam keluarga sedang mendapatkan perlindungan.

“Seramai 253 daripada 54 keluarga pula berada di PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI