fbpx

Lagi 14 laporan polis kes mulut celopar mak cik Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di TikTok.

MELAKA – Polis negeri ini menerima 14 laporan berkaitan video tular seorang peniaga wanita Kemboja yang melontarkan kata-kata ‘Melayu malas’ ketika membuat pentstriman langsung, minggu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan itu telah dibuat oleh pelbagai pihak dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

“Setakat semalam, sebanyak 14 laporan polis telah diterima melibatkan video tular memaparkan seorang wanita kemboja mengeluarkan kata-kata ‘Melayu malas’ yang menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu.

“Kertas siasatan telah dibuka kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.

Tambahnya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 1 minit 7 saat tular di TikTok memaparkan seorang wanita melontarkan kata-kata ‘Melayu malas’ ketika mengadakan pentstriman langsung di sebuah gedung pakaian muslimah sehingga menerima kecaman ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI