fbpx

1.68 juta siswazah bekerja dalam jawatan tidak sepadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sebanyak 1.68 juta siswazah didapati bekerja dalam jawatan yang tidak sepadan dengan kelayakan dan kemahiran mereka.

Angka ini turut merangkumi 224,000 siswazah bekerja sebagai petugas perkhidmatan dan jualan (14 peratus) diikuti pekerja sokongan perkeranian (10.7 peratus) dan pekerja kemahiran serta pertukangan (4.9 peratus).

Menurut laporan statistik siswazah 2022 daripada Jabatan Perangkaan yang dikeluarkan di sini semalam, terdapat 78,100 siswazah yang bekerja dalam kategori kemahiran rendah. 

“Kumpulan siswazah berusia 24 tahun ke bawah menyumbang peratusan tertinggi pada pekerja yang miliki kerjaya tidak sepadan kemahiran. 

“Meskipun cabaran pasaran buruh kalangan graduan kekal sama namun tahap kemahiran graduan Malaysia dilihat penting dalam memacu kemajuan ekonomi negara di masa hadapan,” katanya.

Laporan tersebut menerangkan, jumlah siswazah yang terlibat pada kategori pekerjaan mahir pula seramai 3.19 juta individu yang mana seramai 1.87 juta individu bertugas dalam pekerjaan profesional, diikuti juruteknik dan profesional bersekutu seramai 860,400 individu.

Mengikut pecahan negeri, Selangor terus menyumbang kepada jumlah siswazah bekerja dengan 1.4 juta individu, diikuti Kuala Lumpur (479,400), Johor (472,800) dan Sabah (332,200).

Jabatan Perangkaan menjangkakan kemasukan siswazah pada segmen ekonomi di Malaysia akan meningkat secara berkala khususnya dalam peluang kerjaya yang setimpal dengan kemahiran mereka. 

Ia antaranya berasaskan insiatif kerajaan yang kini sedang menambah-baik peluang pembangunan kemahiran berlandaskan keperluan pasaran semasa.

Menerusi usaha berterusan itu, dijangka lebih banyak bakat baharu dapat diberi ruang dan peluang untuk perkasakan ekonomi Malaysia dari semasa ke semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI