fbpx

[VIDEO] Terengganu mula dilanda banjir melibatkan Kuala Nerus dan Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang melakukan kerja-kerja penyelamatan mangsa-mangsa banjir di Taman Permai Murni, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Terengganu mula dilanda banjir gelombang pertama dengan beberapa kawasan di daerah ini dan Kuala Terengganu mula dinaiki air.

Antara kawasan terlibat ialah Taman Permai Murni, Gong Badak di sini serta Jalan Kamaruddin, Jalan Pusara, Batu Buruk, Taman Dahlia, Taman Alamanda 1, 2 dan 3, Kuala Ibai dan Losong, Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Hanafiah Mat berkata, setakat ini penduduk Taman Permai Murni perlu dipindahkan akibat banjir tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana l Terengganu berkata, penduduk yang terjejas terbabit, akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), Dewan Serbaguna Tok Jembal di sini.

“Saya difahamkan banjir berlaku pada pukul 4 pagi dan kerja-kerja pemindahan penduduk (Taman Permai Murni) terjejas sedang giat dilakukan.

“PPS Dewan Tok Jembal dibuka secara rasmi pada pukul 7 pagi ini dan pemindahan penduduk sedang giat dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanafiah berkata, pemantauan terus dilakukan kerana hujan lebat masih turun di kedua-dua daerah berkenaan.

Beliau menasihatkan mangsa banjir agar memberi kerjasama segera berpindah ke PPS ditetapkan apabila diarahkan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI