fbpx

PDRM sahkan Agus, Che’gu Bard beri keterangan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul Hisham dan Mohammad Agus.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya telah memanggil bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff bagi sambungan rakaman percakapan, hari ini.

Turut dipanggil, Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, rakaman percakapan tersebut diambil selaras dengan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes masih diperingkat siasatan dan PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.

“Elakkan spekulasi yang boleh menganggu proses siasatan termasuk membuat penularan semula rakaman video tersebut.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna media sosial yang menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Kosmo! terdahulu melaporkan, Mohammad Agus memberitahu beliau telah mendedahkan identiti ‘Mr. H’ yang dikaitkan dengan perbualan video tular baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan semasa beliau memberi keterangan kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, di sini, petang tadi.

Sebelumnya, Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir mendakwa dia diarah oleh pegawai atasan bergelar ‘Mr. H’ untuk merakam perbualan bersama Mohammad Agus.

Lelaki itu bagaimanapun memberitahu, kandungan perbualan dalam video tular yang mengandungi unsur lucah itu bukan seperti yang tersebar dan tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI