fbpx

Makan daging kuda, Fadlan Hazim buat peminat terliur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADLAN berselera menikmati sejenis hidangan daging kuda makanan tradisi keluarga isterinya.

PETALING JAYA – Pelakon Fadlan Hazim membuatkan pengikutnya dalam laman sosial teruja dan sama-sama terliur menerusi satu perkongsian menikmati makanan tradisional Kazakhstan dikenali sebagai beshbarmak, iaitu hidangan berupa daging kuda.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pelakon berusia 31 tahun itu dalam TikTok miliknya, Fadlan atau nama lengkapnya Fadlan Hazim Anuwar memberitahu telah diajar untuk makan makanan tersebut oleh isterinya yang berasal dari Kazahstan, Aiya Mukhamedsalova.

“Isteri saya orang Kazakhstan ajar makan makanan dia, beshbarmak,” tulis Fadlan.

Pelakon filem Sangkar itu turut menunjukkan beberapa potong daging dalam sebuah bekas yang dipercayai daging kuda sebelum menikmati hidangan tersebut dengan berselera.

Sambil menunjukkan simbol ‘terbaik’, Fadlan turut menikmati satu lagi hidangan berasaskan roti dikenali sebagai khachapuri yang didakwa lebih sedap berbanding roti nan keju seperti yang biasa terdapat di Malaysia.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya yang belum pernah merasai daging kuda, tertanya-tanya tentang rasa daging tersebut, kerana menganggap memakan daging kuda sebagai suatu hal aneh bagi penduduk di Malaysia.

Malah terdapat juga pengikutnya yang teringin untuk menikmati daging kuda kerana mahu mengetahui rasanya.

“Mana nak cari daging kuda? Teringin nak rasa,” ujar seorang pengikutnya.

Ada beberapa netizen yang pernah menikmati hidangan masakan daging kuda memberitahu, daging haiwan itu mempunyai rasa yang lebih manis berbanding daging lembu, namun teskturnya sedikit liat.

Bagaimanapun, seorang pengguna TikTok mendakwa, daging kuda tidak elok untuk dimakan selalu kerana akan membuatkan badan berasa panas.

“Daging kuda halal untuk dimakan. Tetapi dagingnya bersifat amat kering dan panas,” ujar seorang netizen.

Terdahulu, Fadlan selamat bergelar isteri kepada Aiya dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 16 Julai lalu.

Sebelum mengikat tali pertunangan pada 1 Oktober tahun lalu, Fadlan diuji dengan bermacam-macam perkara termasuk ujian ‘kelakian’ aneh demi membuktikan dirinya cocok untuk bersama dengan wanita pilihan hatinya.

“Antara yang perlu saya lakukan adalab berjalan atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI