fbpx

Guru madrasah mengaku tidak salah sebabkan kecederaan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirul Hakim (dua dari kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Sik, hari ini atas pertuduhan sebabkan kecederaan pelajar berusia lapan tahun.

SIK – Seorang guru lelaki dari sebuah madrasah di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas pelajarnya berusia lapan tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh, Amirul Hakim Johari, 27, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang dipertanggungjawabkan menjaga mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu telah mengabaikan iaitu menyebabkan kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Tertuduh yang juga guru di madrasah yang terletak di Kampung Durian Burung, di sini didakwa melakukan perbuatan itu pada 11 November lalu.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum bawah seksyen yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI