fbpx

Tiada gerakan mahu jatuhkan Ketua Menteri Pulau Pinang – Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony.

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fok menegaskan tiada sebarang gerakan untuk menjatuhkan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri seperti yang didakwa sebelum ini.

Anthony berkata, beliau mendengar pelbagai khabar angin mengenai perkara itu dan memilih menyatakan secara terbuka pendirian pucuk pimpinan dan juga Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengenai kedudukan Kon Yeow sebagai Ketua Menteri sempena Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang bagi tahun 2023, hari ini.

“Saya secara tegas lantang menyatakan tidak ada gerakan menjatuhkan Kon Yeow sebagai Ketua Menteri, tidak ada dan tidak akan ada.

“Saya bersama Pengerusi Kebangsaan bersama seluruh ahli CEC telah memberikan sokongan kepada Kon Yeow untuk menerajui kerajaan negeri dan kita konsisten untuk melihat Kon Yeow meneruskan tugas dan kerajaan negeri berjaya dalam pentadbiran.

“Saya ingin beritahu jangan percaya khabar angin dan desas desus, tiada gerakan menggantikan Kon Yeow sebab di Pulau Pinang tidak ada ‘Gerakan’ lagi,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang bagi tahun 2023 di sini hari ini.

Mengulas lanjut ketika sidang akhbar, Anthony berkata, beliau sendiri tidak tahu daripada mana timbul khabar angin mengenai terdapat gerakan untuk menjatuhkan Kon Yeow sebagai Ketua Menteri itu.

“Saya sendiri dengar daripada media, tidak sampai beberapa bulan selepas angkat sumpah jawatan Ketua Menteri ada desas-desus ini, itu semuanya tidak betul.

”Sebab itu saya secara terbuka menyatakan tidak benar ada komplot untuk menjatuhkan Kon Yeow, setahu saya di peringkat parti tidak ada apa-apa perbincangan untuk menggantikan beliau, tidak ada tajuk tersebut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI