fbpx

30 bahan letupan kuari hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contoh bahan letupan yang hilang itu.

KUALA LANGAT – Sejumlah 30 bahan letupan digunakan untuk kuari dipercayai hilang, baru-baru ini.

Kejadian disedari kira-kira pukul 8.25 pagi pada 14 November lalu, selepas dua pekerja ingin menurunkan bahan letupan di kuari yang terletak di Puchong, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu kira-kira pukul 10.28 malam pada hari sama daripada seorang lelaki berusia 28 tahun.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lelaki itu bersama rakannya telah membawa bahan letupan dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Navara milik syarikat mereka, kira-kira pukul 5.50 pagi untuk dihantar ke kuari di kawasan Puchong.

“Semasa di Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (SILK), lelaki itu perasan terdapat sebuah kenderan dari arah belakang telah memberi lampu isyarat.

“Ini sebagai pemakluman but belakang pacuan empat roda dinaiki mereka itu telah terbuka,” katanya, hari ini.

Beliau menambah, lelaki itu kemudiannya telah memberhentikan kenderaan dan menutup semula but tanpa mengesyaki ada barang tercicir.

Ujarnya, ini ekoran keadaan jalan ketika itu agak sibuk dan merbahaya untuk memberhentikan kenderaan dengan lama.

“Bagaimanapun, didapati satu kotak berisi 30 bahan letupan jenis cast booster 400GMS telah berkurangan semasa lelaki itu dan rakannya mahu menurunkan barang selepas tiba di kuari itu.

“Pemeriksaan telah dibuat mereka di kawasan dilalui namun gagal menemui kotak mengandungi bahan letupan tersebut,” ujarnya.

Ahmad Ridhwan menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana cuai membabitkan bahan letupan.

Justeru, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau menjumpai bahan letupan diminta tampil ke balai polis atau menghubungi bilik gerakan di talian 03-31872222 atau pegawai penyiasat, Sarjan Zulfadzly menerusi 016-4123834. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI