fbpx

Orang Alor Setar penat dua kali pindah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saadun bersama Fatimah dan Mohd. Akmal ketika ditemui di PPS SK Titi Gajah, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Mangsa banjir yang terpaksa bermalam di pusat penempatan sementara (PPS) setelah rumah masing-masing dinaiki air sejak Selasa lalu melahirkan rasa trauma dan keletihan akibat kerap dilanda bencana tersebut.

Menurut Saadun Lazim, 64, yang kini berteduh di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, itu adalah kali kedua dia dan isteri, Fatimah Abdullah, 57, dan anak, Mohd. Akmal, 17, terpaksa berpindah sejak September lalu.

“Tahun ini, kali pertama September lalu, Selasa lepas air naik lagi hingga paras pinggang. Kawasan sekitar juga dinaiki air jadi kami tiga beranak terpaksa berpindah.

“Memanglah penat dan trauma bila masuk musim tengkujuh ini sebab kampung kami mesti banjir. Paling teruk pada 2005 dan 2010 kerana tragedi kepala air,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ujar Saadun yang menetap di Kampung Bohor, di sini, banjir kali ini juga amat merisaukan kerana Mohd. Akmal akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan.

“Bukan sahaja rumah, sawah kami juga tenggelam nasib baik belum tabur benih padi lagi. Tapi benih di rumah rasanya habis ditenggelami air harap tidak rosak,” ujarnya.

Ujar Mohd. Fairuz Hashim, 30, dari Kampung Alor Senjaya, dia dan tujuh ahli keluarga terpaksa berpindah ke PPS tersebut sejak kelmarin.

“Ini kali kedua terpaksa berpindah ke PPS dalam tahun ini. Memang penat sebab baru saja rumah nak bersih dari lumpur, banjir lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, seramai 241 mang­sa daripada 75 keluarga masih berlindung di empat PPS di Kota Setar dan Kubang Pasu setakat pukul 12 tengah hari semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI