fbpx

NASA siasat objek terbang lebih 200,000 kilometer sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar menganggarkan objek itu bersaiz sebesar peti sejuk. - Pengurusan Kecemasan Daerah Beltrami

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyiasat kejadian aneh berupa penampakan cahaya terang di langit yang mengeluarkan bunyi dentuman kuat, lapor akhbar Metro UK semalam.

Pada malam Isnin lalu, penduduk yang tinggal dalam lingkungan  80 kilometer di Minnesota melihat satu objek terang melintang di langit dan mendengar bunyi dentuman yang menggegarkan tingkap dan rumah mereka.

NASA percaya objek misteri itu bersaiz sebesar peti sejuk dan menembusi atmosfera pada kelajuan antara 48,280 hingga 209,214 kilometer sejam.

Pengurusan Kecemasan Daerah Beltrami mendedahkan, letupan sonik yang terlalu dekat dengan daratan itu berasal daripada sebutir meteor dan tidak menyebabkan kemusnahan.

Ahli fizik tempatan yang mengkaji kejadian itu, Profesor Jun Cabanela berkata, keadaan semasa insiden berlaku menunjukkan bahawa objek itu bukan meteor biasa.

Tiga video mengenai kejadian itu juga diperoleh oleh pengarah Pengurusan Kecemasan Daerah Beltrami, Chris Muller.

“Saya tidak fikir ia objek terbang tidak dikenali (UFO) dalam erti kata lain, makhluk asing.” kata Muller. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI