fbpx

Cari Mr. H, siasat ketulenan video Mohammad Agus, Wahab – Armada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz (tengah) ketika ditemui pemberita usai membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa agar pihak polis menyiasat video tular bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Video tular tersebut sebelum ini hangat diperkatakan kerana memaparkan perbualan jelik diantara Mohammad Agus dan Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Penolong Setiausaha Armada Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad berkata, perbuatan atau perbualan mengajak seseorang melakukan seks luar tabii merupakan satu jenayah dan bertentangan dengan kesopanan rakyat Malaysia.

Susulan itu, ujarnya, Armada Bersatu membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, di sini, hari ini untuk menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap ketulenan video tular berkenaan.

“Kedua-dua pihak baik Mohammad Agus dan Abdul Wahab sendiri mengaku video tersebut tulen tetapi suara dipalsukan.

“Perakam video, Abdul wahab jelas menyatakan salinan video ini ada pada seseorang digelar ‘Mr H’.

“Armada bersatu berpendirian, bahawa perkara ini memudahkan kerja pihak polis kerana video tersebut dipastikan tulen, dan hanya perlu mendapatkan salinan asal daripada Mr. H untuk disahkan,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan IPD Dang Wangi, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, siasatan pihak polis akan merungkai pelbagai spekulasi yang timbul antara tiga individu berkenaan iaitu Mohammad Agus, Abdul Wahab dan ‘Mr. H’ sekali gus memberi penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menantikan jawapan.

“Sekarang ini ada banyak spekulasi. Jadi kita buat laporan polis hari ini supaya siasatan boleh dijalankan. Ia harus dijelaskan segera.

“Kalau tak mula siasatan, adakah ini satu amalan dalam kerajaan? Jadi perlu siasat dan rungkai apa sebenarnya terjadi. Sebab terlampau cepat sangat, lepas letak jawatan terus video tersebar,” katanya.

Dalam sidang akhbar tergempar semalam, Mohammad Agus mengakui bahwa satu video jelik tular yang mengaitkan dirinya bersama Abdul Wahab telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan reputasinya.

Abdul Wahab pula mendakwa dia diarahkan oleh seorang individu berjawatan tinggi digelar ‘Mr. H’ untuk merakam satu klip video bagi memerangkap Mohammad Agus.

Abdul Wahab, 33, yang sudah mendirikan rumah tangga dan memilik empat orang anak mendedahkan, ‘Mr. H’ pernah membuat beberapa pertemuan dengannya dan menawarkan ‘jawatan’ lebih tinggi sebagai habuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI