fbpx

‘You are the best husband in the world’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan keluarga arwah Afiq.

PETALING JAYA – Isteri kepada operator kren menara, Allahyarham Afiq Danial, Ziema Hazimah meluahkan rasa sedih atas pemergian suaminya yang maut selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kabin di tapak pembinaan hadapan sebuah hotel di Persiaran KLCC di ibu negara, semalam.

Ziema menerusi hantaran di Facebooknya semalam, menyifatkan Afiq sebagai sebagai seorang suami dan bapa yang baik.

“Daddy (Afiq) you are the best husband in the world (awak seorang suami yang terbaik di dunia ini). ‘Mummy’ sayang ‘daddy’.

“Pergi mu ketika mencari rezeki untuk ‘mummy’ dan danda (anak perempuan), ‘daddy’ suami yang baik tersangat baik, ramai yang sayangkan ‘daddy’. Semoga ‘daddy’ ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan tinggi darjatnya,” luahnya.

Semalam seorang operator kren menara disahkan maut selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kabin di tapak pembinaan hadapan sebuah hotel di Persiaran KLCC.

Selepas itu mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ke tempat kejadian.

Menurut Ziema, dia berjanji akan menjaga satu-satunya zuriat mereka dengan baik seperti mana arwah suaminya memastikan segala keperluan untuk tiga beranak itu mencukupi dan terbela.

“Mummy ikhlaskan segala-galanya. Jangan risau ya ‘mummy’ akan jaga anak dengan baik mcm mana ‘daddy’ jaga kami,” katanya.

Terdahulu, polis mengklasifikasikan kematian arwah Afiq itu sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI