fbpx

Muhyiddin tidak wajar diberi pelepasan pasport secara kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika hadir di Mahkamah Sesyen, Mei lalu. Foto FAIZ ALIF.

KUALA LUMPUR – Pendakwaan menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajar diberikan pelepasan pasport secara kekal kerana masih terikat dengan tiga tuduhan jenayah selain berisiko melarikan diri ke luar negara.

Melalui afidavit yang diikrarkan, Timbalan Pendakwa Raya Lim Wai Keong menyatakan, permohonan beliau agar pasportnya dilepaskan tanpa syarat tidak harus dibenarkan berikutan tiga tuduhan pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan lebih RM200 juta yang dihadapinya.

“Meskipun pertuduhan berkaitan kesalahan predikat melibatkan salah guna kuasa yang dihadapi oleh Muhyiddin, 76, telah dibatalkan, rayuan pendakwaan masih belum didengar di Mahkamah Rayuan yang mana prosiding dijadualkan pada 28 dan 29 Februari 2024.

“Sehubungan itu, pihak pendakwaan menyatakan syarat-syarat jaminan tambahan iaitu penyerahan pasport tidak wajar diubah bagi memastikan kehadiran Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ke mahkamah,” kata Wai Keong.

Wai Keong mengikrarkan afidavit itu pada 1 November lalu bagi membalas afidavit sokongan terhadap permohonan Muhyiddin untuk mengubah syarat jaminan agar pasportnya yang kini disimpan oleh mahkamah, dilepas tanpa syarat.

Menurut afidavit itu, pertuduhan predikat terhadap Muhyiddin adalah serius dan berkaitan dengan pertuduhan AMLA.

Wai Keong berpendirian, pihak pendakwaan berpendirian bahawa tuduhan pengubahan wang haram itu boleh berdiri sendiri meskipun pertuduhan predikat telah dibatalkan.

Beliau selanjutnya menyatakan, Muhyiddin sepatutnya mengemukakan permohonan pelepasan pasport daripada semasa ke semasa jika beliau perlu ke luar negara.

Pada 25 Oktober lalu, pihak pendakwaan mengemukakan bantahan terhadap permohonan Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan semula pasportnya yang kini ditahan oleh Mahkamah Sesyen di sini ekoran pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Hakim Azura Alwi menetapkan 23 November ini bagi pendengaran permohonan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi mendapatkan pasportnya.

Presiden Bersatu itu memohon mendapatkan semula pasport bagi membolehkan beliau bercuti bersama keluarga di luar negara.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau kebiasaannya membawa keluarga bercuti selama sebulan setiap tahun dan merancang untuk bercuti tahun ini bersama keluarganya ke London, United Kingdom (UK), pada akhir tahun.

Selain itu, Muhyiddin menyatakan hasrat untuk ke Singapura bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Beliau percaya bahawa Hospital Mount Elizabeth ada teknologi canggih bagi membolehkannya membuat pemeriksaan jantung tanpa ujian stres jantung atas ‘treadmill’ atau pengisar injakan.

Muhyiddin menegaskan dirinya tiada risiko untuk melarikan diri berdasarkan beberapa sebab termasuk memegang jawatan penting – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI