fbpx

Jawatan Mohammad Agus akan diisi segera – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

PETALING JAYA – Pengisian jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan dilakukan dalam masa terdekat.

Perkara itu dijelaskan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil susulan perletakan jawatan Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, beliau dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM (Komunikasi Komuniti), Datuk Ismail Yusop berhubung perkara itu.

“Saya belum bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) khusus mengenai perkara ini. Saya percaya langkah-langkah untuk mengisi jawatan tersebut akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, Mohammad Agus mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri kelmarin.

Katanya, keputusan berkenaan dilakukan berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI