fbpx

Jalan Batang Kali – Genting Highland boleh dilalui Mei tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Batang Kali-Genting Highlands sebelum ini rosak akibat kejadian tanah runtuh.

SHAH ALAM – Laluan Batang Kali – Genting Highland yang sebelum ini rosak akibat kejadian tanah runtuh dijadualkan boleh digunakan selewat-lewatnya Mei tahun depan.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan khas bagi penyelesaian dan penstabilan cerun itu yang bernilai RM19 juta secara penganugerahan terus kerana projek kecemasan.

Katanya, kaedah teknikal yang paling sesuai digunakan adalah TerraLink Wall System memandangkan lokaliti tersebut agak sempit.

“Kerja-kerja pembaikan kini pada tahap 38.6 peratus yang telah dimulakan sejak 28 Mei lalu dan dijadualkan siap 29 Mac tahun depan.

“Kita akan buka kembali jalan itu, mungkin sebulan atau dua bulan selepas tarikh siap,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Terdahulu, R. Rajiv (PH – Bukit Gasing) ingin mengetahui status terkini kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan tanah runtuhan Batang Kali.

Izham yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan menjelaskan laporan penuh berhubung kejadian tanah runtuh berkenaan telah dinyah rahsia dan boleh dimuat turun menerusi laman sesawang Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang telah diterbitkan pada 17 Oktober lalu.

“Kita (kerajaan negeri) juga telah teliti laporan itu dan secara umumnya tiada unsur-unsur kecuaian mana-mana pihak. Runtuhan itui disebabkan kegagalan kaki cerun itu telah tepu dengan air sehingga menyebabkan keruntuhan termasuk tebing.

“Memang tiada tanda-tanda jelas cerun itu mengalami keretakan (sebelum insiden itu). Aspek kawasan perkhemahan itu dibawah pihak berkuasa tempatan namun tapak khemah itu bukan menyumbang kepada kegagalan itu,” jelasnya.

Tragedi Batang Kali kira-kira pukul 2.30 pagi pada 16 Disember tahun lalu yang berlaku di tapak perkhemahan Father Organic Farm membabitkan 92 mangsa dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI