fbpx

Suka hati Che Ta jamah nasi kerabu guna pisau, sudu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZITA CHE WAN

JANGAN main-main dengan Che Ta atau Rozita Abu Bakar yang sememangnya bukan individu yang mudah melenting kalau tidak dijolok sarang tebuan.

Pelakon jelita itu antara selebriti yang sangat mudah bagi kerjasama selain tak sombong walaupun berstatus ‘papan atas’.

Bukanlah Mizz Lahar nak puji melambung Che Ta cuma terkejut apabila dimaklumkan ibu kepada tiga anak itu menyelar seseorang di sebuah restoran.

Video yang menunjukkan dia menjamah hidangan nasi kerabu di sebuah restoran popular itu pun dah tular dan dikongsikan sendiri pelakon itu.

Selain ‘isu’ pisau yang disediakan untuknya menikmati makanan tersebut dan disusuli pula pemberian empat batang sudu selepas diminta, mesti juga ada isu lain yang mencetuskan rasa tidak puas hati aktres itu.

Apa pun ‘chill’ ye Che Ta, kami tahu Che Ta gurau saja apabila kongsikan video tersebut dan pramusaji yang sediakan sampai empat batang sudu untuknya pun agak-agaklah. Semua tenang-tenang saja, mungkin kedua-duanya bergurau senda.

Mizz Lahar: Ada pelakon sentap dirakam singgah ke restoran makanan segera yang yang kononnya pro-Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI