fbpx

Saya tak nak anak-anak bangga diri, rasa istimewa – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH enggan anak-anaknya tahu bahawa ibu bapa mereka merupakan selebriti kerana tidak mahu cahaya matanya itu berasa bangga diri.

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan sehingga kini kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tidak mengetahui pekerjaanya dan bekas suami, Syamsul Yusof.

Menerusi satu sesi Live dalam TikTok, Sarah berkata dia bertindak merahsiakan perkara itu kerana enggan cahaya matanya berasa bangga diri dengan status mereka sebagai anak selebriti.

“Saya tak nak anak-anak saya rasa bangga diri dan menganggap diri mereka istimewa serta ada kelebihan kalau tahu ibu bapa serta datuk mereka selebriti.

“Saya tak nak mereka (anak-anaknya) tahu apa sebenarnya pekerjaan kami. Bahkan sehingga sekarang, mereka masih tidak tahu. Anak-anak cuma tahu nama ibu mereka Puteri Sarah dan ayah mereka Syamsul Yusof.

“Maksudnya mereka tidak tahu Puteri Sarah itu siapa (juga bergelar artis) dan datuk mereka, Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah dan pelakon,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Sarah dalam mendidik anak-anak.

“Betul. Biar mereka tahu sendiri nanti,” ujar seorang netizen.

“Biar anak-anak tahu sendiri suatu hari nanti,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Untuk rekod, Sarah yang kini bergelar ibu tunggal pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan juga pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkongsian hidup, Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahata matai aitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI