fbpx

Romantik sungguh mamu Sharnaaz!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ memberi kejutan buat teman tapi mesranya, Amelia yang menjadi perbualan ramai dalam media sosial.

BERBUNGA-BUNGA wajah pelakon muda, Amelia Lim apabila menerima hantaran istimewa daripada aktor yang dikatakan paling rapat dengannya sekarang, siapa lagi kalau bukan Sharnaaz Ahmad.

Biarpun sibuk dengan urusan harian, aktor popular itu tidak lupa memberi kejutan kepada orang tersayang dengan menghantar kopi buat si gadis pujaan.

Bukan kirim menerusi penghantar makanan ya, tapi duda terhangat itu datang terus menunggu di depan pintu membuatkan Amelia tersenyum gembira.

Tidak hairan video momen manis yang dikongsi dalam aplikasi TikTok tersebut tular dan menerima pelbagai respons positif peminat.

Lebih manis apabila Sharnaaz sempat mengenyitkan mata buat Amelia. Amboi romantis dan prihatin sungguh mamu ya.

Mizz Lahar: Tahniah buat penyanyi dan komposer wanita yang bakal mendirikan rumah tangga Sabtu ini. Dengarnya, sama tarikh dengan Nabila Razali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI