fbpx

PRK Parlimen Kemaman: Perarakan berkenderaan pada hari penamaan calon dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanyan (kanan) memberi taklimat kawalan trafik pada hari penamaan calon PRK Parlimen Kemaman di IPD Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Perarakan menggunakan kenderaan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman lusa hanya akan dibenarkan sekiranya hujan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, perarakan ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini dibenarkan bagi calon dan wakil calon parti bertanding serta 30 individu yang mempunyai pas dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita benarkan perarakan berkenderaan ini bagi memudahkan calon dan wakil-wakilnya untuk ke pusat penamaan calon sekiranya hujan terlalu lebat pada hari tersebut.

“Sekiranya cuaca baik hanya perarakan berjalan kaki dibenarkan. Begitupun jika hujan, (perarakan berjalan kaki) tidak benarkan demi keselamatan awam,” katanya pada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu 10 laluan akan ditutup secara kekal manakala tiga laluan secara berperingkat dari pukul 8 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi melancarkan proses penamaam calon.

“Antara laluan yang akan ditutup secara kekal ialah Jalan Chukai-Air Putih dari lampu isyarat bandar Chukai sehingga pusingan U Wisma Kopkem, Jalan Padang dan Jalan Sentosa, Jalan Gong Limau dari persimpangan MPK hingga ke Wisma Persekutuan di sini.

“Laluan yang ditutup secara berperingkat pula antaranya laluan bermula di lampu isyarat bandar Chukai dan Jalan Sulaimani dari persimpangan lampu isyarat bandar Chukai hingga ke Stesen Bas Chukai,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI