fbpx

Pembunuh Along Spoon dibebaskan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail Along, dan Mohamed Ya'acob.

PUTRAJAYA – Bekas anggota polis, Mohd. Ya’cob Demyati, 57, yang membunuh penyanyi Allahyarham Along Spoon dibebaskan dari Penjara Kajang hari ini.

Perkara itu disahkan peguam, Che Muji Che Noh yang mewakili Mohd. Ya’cob ketika dihubungi hari ini.

“InsyaAllah, dia bebas hari ini, 33 tahun (penjara) dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000, satu pertiga daripada cuti dan lain-lain bermakna dia dah serve (menjalani hukuman penjara) 33 tahun,” katanya hari ini.

Terdahulu Mahkamah Persekutuan di sini meminda hukuman penjara sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap Mohd. Ya’acob kepada pemenjaraan 33 tahun.

Mohd. Ya’cob sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Dalam prosiding hari ini, keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada pada hari kedua persidangan hari ini selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.

Mengikut pertuduhan Mohd. Ya’cob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dituduh membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada pukul 1 pagi, 26 Disember 1999.

Sebelum ini, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999. Polis kemudian menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI