fbpx

Konflik Palestin-Israel: Ratusan pegawai AS menentang Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI-pegawai kerajaan AS menulis surat menentang cara Biden menguruskan perang Israel dengan Hamas. - Getty Images

WASHINGTON – Seramai 400 pegawai kerajaan daripada 40 jabatan dan agensi dalam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani surat yang menentang cara beliau menguruskan perang Israel-Hamas serta menuntut gencatan senjata segera diadakan, lapor laman berita Fox News kelmarin.

Surat yang pertama kali didedahkan oleh akhbar New York Times itu melibatkan pegawai-pegawai dari Jabatan Negara, White House, Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kehakiman.

Semua tandatangan pada surat tersebut kekal tanpa nama bagi melindungi kakitangan daripada dikenakan tindakan oleh pihak atasan.

“Kami menyeru Presiden Biden untuk mendesak gencatan senjata dan menyeru agar konflik diredakan dengan memastikan pembebasan segera tebusan-tebusan Israel serta memastikan penduduk Palestin tidak ditahan sewenang-wenangnya.

“Kami juga menuntut pemulihan bekalan air, bahan api, elektrik serta perkhidmatan asas lain termasuk koridor bantuan kemanusiaan yang mencukupi ke Semenanjung Gaza,” demikian menurut sebahagian isi kandungan surat tersebut.

Biden dan beberapa pemimpin Barat lain menolak gesaan untuk mengadakan gencatan senjata di Gaza dengan alasan ia hanya akan memberi manfaat kepada Hamas.

Sebaliknya, Biden mendesak supaya pertempuran dihentikan buat seketika untuk penyaluran bantuan kemanusiaan yang telah dipersetujui Israel. 

Beberapa anggota radikal dalam Parti Demokrat yang disertai Biden telah mengecam Israel sebagai negara aparteid dan berpendapat bahawa perang di Gaza adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI