DUA ekor panda sedang berehat di dalam kurungan mereka di Pusat Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu di Chengdu, di wilayah Sichuan, barat daya China pada 5 Disember 2025. - AFP

China hantar panda Ping Ping, Fu Shuang ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – China menghantar dua ekor panda gergasi ke Amerika Syarikat (AS),  susulan sidang kemuncak di Washington yang sarat dengan simbolik namun kurang mencapai kejayaan besar.

Pertukaran panda itu telah pun dipersetujui sebelum ini, tetapi pelepasannya diumumkan pada hari Khamis semasa lawatan Presiden China Xi Jinping ke Washington.

Mamalia berwarna hitam dan putih ini sangat popular di seluruh dunia, dan China meminjamkannya sebagai sebahagian daripada program ‘diplomasi panda’ untuk memupuk hubungan luar negara.

Ping Ping dan Fu Shuang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu menaiki pesawat sewa khas pada kira-kira jam 3:00 pagi (waktu tempatan) hari ini, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Panda berkenaan menuju ke sebuah zoo di Atlanta, Georgia, di mana kedua-duanya akan ditempatkan selama 10 tahun yang akan datang.

Majlis perpisahan untuk pasangan tersebut telah diadakan sebelum perjalanan mereka oleh Pusat Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu.

Beijing menarik balik dua ekor pandanya dari Jepun awal tahun ini, berikutan pertikaian diplomatik yang bermula apabila Perdana Menteri Jepun membayangkan bahawa Tokyo boleh campur tangan secara ketenteraan sekiranya berlaku sebarang serangan ke atas Taiwan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN