fbpx

Dua maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dirempuh sebuah lori simen dalam kejadian kemalangan di Kampung Selamat, Rompin.

ROMPIN – Dua maut selepas terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 137 Jalan Kuantan – Johor Bahru, dekat Kampung Selamat, di sini malam tadi.

Mangsa yang terkorban ialah Muhammad Amirul Mukmini Mat Daud, 31, dan penumpang Mohd. Rahmat Ab Rahim, 34.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 malam tadi di mana kereta dinaiki kedua-dua mangsa dirempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan ketika berhenti untuk membelok di sebuah simpang jalan berhampiran sebuah kedai makan.

“Sebaik tiba dilokasi kejadian, kereta dinaiki kedua-dua mangsa secara tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan kereta tersebut terbabas ke laluan bertentangan dan kemudiannya dilanggar sebuah lagi lori pembancuh simen dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu pemandu dan penumpang kereta terbabit maut di tempat kejadian serta seorang pemandu lori cedera ringgan,” katanya kepada pemberita, di sini.

Tambahnya lagi, hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berpunca kecuaian pemandu lori yang merempuh belakang kereta mangsa yang berhenti di simpang jalan.

Yahaya juga memberitahu, jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) akta pengankutan jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI