fbpx

Suhaimi Saad meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIMI SAAD

PETALING JAYA – Selepas beberapa hari kritikal, bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor.

Berita duka itu dikongsi menerusi akaun Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) sebentar tadi.

“Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan In-Team baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.

“Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga. Al fatihah,” katanya.

Arwah sebelum ini dimasukkan ke ICU hospital berkenaan akibat pneumonia sejak Jumaat lalu.

Terdahulu, beliau dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk kronik dan cirit birit berpanjangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI