fbpx

Murid maut, motosikal ibu bergesel lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga meratapi Harraz Mifzal yang maut dalam kemalangan di Jalan Lubuk Binjai berhampiran Kampung Undang, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Undang maut selepas motosikal dibonceng bersama ibunya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Lubuk Binjai berhampiran Kampung Undang di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Harraz Mifzal Muslim, 12, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, sewaktu kejadian, kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang ke rumah bersama ibunya setelah dijemput dari sekolah.

“Siasatan awal mendapati, sewaktu kejadian, sebuah lori dikatakan cuba mengelak sebuah kereta yang sedang berhenti untuk memasuki persimpangan kanan.

“Lori dipandu lelaki berusia 31 tahun itu membelok ke laluan kiri jalan sebelum bergesel dengan motosikal jenis Honda Beat dinaiki mangsa bersama ibunya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Wan Mohd. Zaki berkata, geselan tersebut menyebabkan Harraz Mifzal dan ibunya terjatuh ke atas jalan. Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia, manakala ibunya pula cedera di kaki. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI