fbpx

Bantuan makanan mangsa banjir cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foong Hin (kanan) melihat bekalan makanan pada majlis pelepasan kita makanan MTL di Kuala Selangor, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF 

KUALA SELANGOR – Kerajaan memberi jaminan bantuan bekalan makanan bagi semua mangsa banjir di seluruh negara mencukupi sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) sehingga Mac tahun depan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kementeriannya menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membekalkan 60,000 kit makanan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk diedarkan kepada mangsa.

Jelas beliau, bantuan itu melibatkan dua fasa dengan 40,000 daripadanya perlu disediakan sebelum hujung tahun ini termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan persiapan tahunan sebagai bantuan awal kepada setiap keluarga mangsa banjir melibatkan keperluan asas dan produk makanan.

“Bantuan bekalan makanan setakat ini masih mencukupi dan jumlah itu akan ditambah bergantung kepada situasi bencana berkenaan kelak,” katanya selepas merasmikan majlis pelepasan Pengedaran Kit Makanan MTL di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor di Tanjong Karang di sini, hari ini.

Bekalan kit itu antaranya meliputi masing-masing 6,000 bagi mangsa di Kelantan, Terengganu, Pahang, Terengganu.

Ini diikuti 5,000 bekalan bagi Johor, Sabah dan Sarawak (8,000), Kedah (2,500), Negeri Sembilan (2,000), Selangor (1,500) dan Perak (1,000) selain sebanyak 200 hingga 800 kit pula meliputi Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Foong Hin berkata, keseluruhan kit itu berisi 12 produk makanan termasuk beras, garam dan gula itu dianggarkan bernilai RM9 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI