fbpx

102,888 keluarga miskin tegar di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 102,887 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan 324,764 KIR miskin direkodkan menerusi Sistem eKasih sehingga 31 Oktober lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Ugak Anak Kumbong berkata, pecahan itu melibatkan sebanyak 427,652 KIR di seluruh negara.

Sehubungan itu, menurut Wilson, bagi tujuan menoktahkan kemiskinan tegar, data yang diguna pakai adalah pada 31 Januari iaitu seramai 126,372 KIR.

“Data ini telah dikunci sebagai kumpulan sasar bagi tujuan pemantauan program. Sehingga 31 Oktober lalu, seramai 77,288 KIR didapati masih kekal dalam kategori miskin tegar menunjukkan penurunan sebanyak 38.8 peratus,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kapar (Pas) Dr. Hajah Halimah Ali berkaitan jumlah golongan miskin yang sudah didaftarkan bawah sistem eKasih dan kejayaan menoktahkan kemiskinan.

Mengulas mengenai miskin tegar di Kapar, Selangor, Wilson berkata, seramai 239 KIR direkodkan miskin tegar dan 955 KIR miskin daripada keseluruhan KIR melibatkan 1,194 orang serta 4,328 Ahli Isi Rumah (AIR) setakat 31 Oktober.

Katanya, bagi tempoh yang sama, sebanyak 45,055 bantuan telah disalurkan berjumlah RM57.17 juta kepada golongan berkenaan.

“Bagi Parlimen Kapar, data yang dikunci adalah seramai 261 KIR (31 Januari). Sehingga 31 Oktober lalu, jumlah miskin tegar menurun sebanyak 92 orang bersamaan 35.2 peratus,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI