fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Kata terakhir doktor Gaza sebelum terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video temu bual Dr. Hammam pada bulan lalu sebelum terkorban pada 12 November.

PETALING JAYA – “Kalau saya pergi, siapa nak rawat pesakit saya,” itu antara kata-kata akhir Dr. Hammam Alloh mengenai keengganannya mengikuti keluarga ke selatan Gaza kerana mahu memberikan rawatan kepada mangsa serangan rejim Zionis Israel di Hospital Al-Shifa, utara Gaza.

Dr. Hammam menyatakan sedemikian menerusi temu bual sebuah televisyen pada bulan lalu dan pada 12 November, beliau dilaporkan syahid selepas serangan Israel di bahagian utara Gaza.

Menerusi temu bual itu, Dr. Hammam menegaskan, beliau mempelajari jurusan perubatan selama tempoh 14 tahun, bukan untuk memikirkan tentang dirinya semata-mata.

“Kalau saya pergi, siapa yang nak rawat pesakit saya. Mereka bukan haiwan dan mereka juga ada hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik.

“Awak fikir saya pergi ke sekolah perubatan dan untuk ijazah lanjutan selama tempoh 14 tahun, jadi saya hanya fikir untuk nyawa saya dan bukan pesakit saya?

“Saya tanya awak puan, awak rasa ini adalah sebab kenapa saya ke sekolah perubatan? Hanya untuk fikir pasal hidup saya sahaja?,” katanya menjawab pertanyaan hos rancangan tersebut.

Temu bual tersebut tular di media sosial selepas laporan kematian Dr. Hammam, malah orang ramai kagum kerana komited ditunjukkan beliau kepada pesakit sekali gus tidak mementingkan diri semata-mata.

“Ya Allah, hatiku menangis. Semoga Dr. Hammam ditempatkan di tempat terbaik di dalam Syurga Firdaus,” komen jxzy.

“Selamat berehat dengan tenang doktor. Anda telah buat yang terbaik dan kami semua tahu,” kata Mariah Garcia.

“Seorang manusia yang benar-benar faham apa yang lebih penting. Saya sangat sedih apabila dia tidak lagi berada di sini,” kata Norrie Murray. – KOSMO! ONLINE

@middleeasteyeIsraeli airstrike killed Palestinian physician Doctor Hammam Alloh, who was working in al-Shifa hospital in northern Gaza on 12 November. In his last interview, Hammam spoke with Democracy Now about his refusal to leave to south Gaza, saying he did not study to become a doctor just to abandon his patients.

♬ original sound – Middle East Eye

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI