fbpx

Sidang DUN: Selangor dijangka tambah kutipan RM100 juta tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika sidang DUN Selangor, hari ini

SHAH ALAM – Kerajaan negeri dijangka menambah kutipan hasil negeri sebanyak RM100 juta tahun depan menerusi pelaksanaan tiga strategi baharu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini meliputi dividen anak syarikat sebanyak RM40 juta selain fi pejabat (RM50juta) dan caruman parit yang dianggarkan RM10 juta.

“Maknanya dari tiga langkah pertama ini, kita menjangkakan akan menambah RM100 juta daripada kutipan-kutipan yang tidak dapat dikutip atau tidak sebelum ini.

“Secara keseluruhannya, kita sedang buat penilaian. Kadang kala kenaikan-kenaikan yang dikenakan itu agak kecil dan setiap jabatan juga menunjukkan kadarnya.

“Kita akan melihat kepentingan antara peningkatan fi dengan perkhdmatan yang diberikan perkhidmatan awam dan juga yang dinikmati rakyat selangor,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Azmizam Zaman Huri (PH- Pelabuhan Klang) yang ingin mengetahui peningkatan kutipan hasil strategi kerajaan negeri.

Amirudin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua turut menjelaskan sumber tanah menyumbang sebanyak 80 peratus kepada hasil Selangor iaitu kira-kira RM1.6 bilion bagi tahun 2022 atau RM1.9 bilion sehingga 9 November lalu.

Ketika mengulas soalan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) sama ada bidang baharu diteroka bagi meningkatkan hasil negeri, Amirudin menegaskan kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Worldwide Holdings Berhad (Worldwide) sedang meneroka sektor tenaga boleh diperbaharui termasuk solar dan projek insinerator sampah (Waste-to-Energy) serta pelaburan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Kita ada beberapa pipeline projek yang keseluruhannya hampir bernilai RM10 bilion yang diterokai oleh Worldwide dan sebahagiannya daripada ekonomi ataupun sektor diceburi adalah solar dan juga mini hidro serta hidrogen,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI