fbpx

Luahan Pembaca: Veteran ATM patut dapat Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETERAN ATM sepatutnya mendapat pengiktirafan sewajarnya kerana mereka melakukan pengorbanan besar untuk mempertahankan negara. – gambar hias

SAUDARA PENGARANG,

Sejak merdeka, kerajaan telah menganugerahkan pingat keberanian kepada sebahagian anggota polis dan tentera seperti Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB).

Namun, ada antara mereka yang telah meninggal dunia dan ada yang masih hidup sehingga sekarang.

Apa yang saya ingin cadangkan, sebelum mereka ‘pergi’, elok rasanya kerajaan menganugerahkan gelaran Datuk atau seumpamanya kepada penerima-penerima pingat SP dan PGB yang masih hidup.

Kita sering memberi penghormatan dengan gelaran Datuk kepada artis, atlet, aktivis sosial dan lain-lain tetapi janganlah kita ketinggalan dari memberi penghormatan sedemikian kepada wira-wira negara yang telah bergadai nyawa demi keamanan dan kesejahteraan kita semua.

Seperti disebut dalam bahasa Inggeris, It is the least a grateful nation can do to honour their services (Ia adalah perkara terhebat dilakukan untuk menghargai perjuangan mereka).

Rahman Ariffin
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI