fbpx

Henti menyumpit, menoreh bimbang diterkam harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA kejadian manusia dibaham harimau di Gua Musang sejak awal Oktober lalu.

GUA MUSANG – Penduduk Kampung Meranto di sini melahirkan kebimbangan dengan ancaman harimau belang susulan dua kejadian warga asing dibaham haiwan liar itu dalam tempoh kurang 48 jam.

Lebih membimbangkan dakwa mereka apabila harimau berkenaan masih bebas berkeliaran di ladang serta hutan berhampiran kampung mereka. 

Seorang pekebun, Mohd. Hussin Abdullah, 48, berkata, penduduk kampung kini semakin berhati-hati selepas kejadian serangan harimau yang mengorbankan dua nyawa kelmarin.

Katanya, mereka tidak lagi tidak berani keluar berseorangan termasuklah ke kawasan ladang kelapa sawit dan getah.

“Penduduk berharap haiwan liar yang masih bebas berkeliran itu segera ditangkap oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Kami berharap ada tangkapan haiwan liar dibuat oleh pihak berwajib. Kami mahu keselamatan terjaga selepas dua warga asing yang mencari rezeki menoreh getah di kawasan ladang berhampiran kampung ini telah maut dibaham harimau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Hasil tanaman penduduk Kampung Meranto, Gua Musang musnah akibat serangan haiwan liar baru-baru ini. – AIMUNI TUAN LAH

Seorang lagi penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Lah, Along Busu, 42, pula berkata, ketika ini dia sudah tidak berani keluar menyumpit di kawasan ladang dan hutan berhampiran Kampung Meranto masuk kerana bimbang dengan ancaman harimau belang. 

Katanya, buat sementara waktu dia berada di  rumah kerana ingin menghindarkan diri  daripada terserempak serta menjadi serangan  pak belang.

“Saya menerima khabar ada penduduk yang melihat kelibat dan kesan tapak harimau dalam ladang kelapa sawit dan dua orang telah terbunuh selepas dibaham harimau.

“Kami berharap ada tangkapan haiwan liar dibuat oleh pihak berwajib. Kami bimbang  keselamatan nyawa kerana harimau itu dikatakan sangat ganas memburu manusia,” katanya.

Terdahulu, selepas penemuan mayat lelaki warga Indonesia yang maut akibat dibaham harimau di Pos Pasik di sini pada Jumaat lalu, seorang lelaki warga Myanmar pula meninggal dunia angkara pak belang di kebun getah di Kampung Meranto dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, Ahka Soe Ya, 22, cedera parah pada bahagian kepala akibat diserang seekor harimau belang ketika sedang menoreh getah bersama isterinya di ladang Meranto di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, serangan haiwan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan berdarah pada bahagian belakang leher.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI