fbpx

6 premis, pusat hiburan diserbu DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa DBKL ketika serbuan dijalankan sekitar ibu negara pada Jumaat hingga Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR- Empat buah premis disita, manakala dua pusat hiburan langgar syarat lesen, diarahkan menghentikan operasi ketika serbuan di Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi, Jalan Pudu Ulu, Jalan Tun Razak dan Setapak, di sini, bermula pukul 9 malam Jumaat hingga pukul 2.30 pagi Sabtu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan pegawai penguat kuasa di 12 buah premis, pihaknya mendapati premis-premis turut mengadakan aktiviti hiburan membabitkan persembahan live muzik, nyanyian karaoke dan DJ Muzik tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa.

“Tindakan penutupan serta merta terhadap dua buah premis mengikut Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka tiga kertas siasatan (IP) mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (live muzik/DJ) tanpa kebenaran serta tiga notis kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 (Melantik Pembantu Tanpa Kebenaran).

“Sebanyak dua notis kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta satu notis kompaun Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1982 (Pamer Iklan Tanpa Lesen),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pihaknya juga menyita pelbagai peralatan dan barangan erdiri daripada mixer sound, digital mixing console, speaker, monitor, komputer riba dan lain-lain.

“Barangan dan peralatan muzik telah dihantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara,”ujarnya.

Jelasnya lagi, tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI