fbpx

Konflik Palestin-Israel: Arab Saudi kecam tindakan pilih kasih dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Faisal (tengah) menghadiri mesyuarat persiapan menjelang sidang kemuncak luar biasa Liga Arab di Riyadh, 9 November lalu. - AFP

RIYADH – Arab Saudi mengecam tindakan pilih kasih dunia berhubung tindak balas terhadap perang Israel dengan Hamas, dengan menyatakan bahawa Rejim Zionis mendapat ‘kebenaran’ untuk melanggar undang-undang antarabangsa, lapor akhbar Arab News semalam.

“Kami memerhati dan memantau sifat pilih kasih serta menilai semula kredibiliti sistem antarabangsa berdasarkan perkara ini,” kata Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan pada sidang akhbar selepas sidang kemuncak tergempar gabungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)-Arab di Riyadh.

Pada sidang kemuncak itu, Arab Saudi dan negara-negara Islam lain menyeru agar operasi ketenteraan di Gaza ditamatkan serta-merta serta menolak justifikasi Israel terhadap tindakannya ke atas Gaza sebagai mempertahankan diri.

Ditanya oleh Arab News sama ada terdapat sebarang harapan bagi blok Arab atau Islam yang memberi tekanan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Putera Faisal berkata: “Liga Arab menaja resolusi di perhimpunan agung badan itu dan kami telah mengeluarkan mesej yang sangat kuat.”

Tambahnya, blok itu mengetengahkan kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk menunaikan tanggungjawabnya sekali gus menyerlahkan keperluan bagi pembaharuan struktur keselamatan antarabangsa.

Putera Faisal berkata, Majlis Keselamatan PBB telah menunjukkan bahawa ia gagal memenuhi jangkaan masyarakat antarabangsa.

“Struktur keselamatan PBB sedang dinilai kerana jika masyarakat antarabangsa tidak dapat mendesak Israel bertanggungjawab di Gaza, maka ia akan menimbulkan keraguan ketara sama ada badan dunia itu sebenarnya berfungsi atau sebaliknya,” ujarnya.

Terdahulu, sidang kemuncak itu menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan Israel di Gaza. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI