fbpx

Perak setuju jual air terawat kepada Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua dari kiri) menghulurkan barangan keperluan asas kepada orang ramai di Program OSC Sejahtera Sosial Negeri Perak di Seri Manjung hari ini.

MANJUNG – Kerajaan negeri Perak bersetuju menjual air terawat kepada Pulau Pinang dengan langkah-langkah berkaitan bagi tujuan tersebut telah diambil oleh kedua-dua pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan rakan sejawatnya di Pulau Pinang kelmarin telah mengadakan perjumpaan pertama bagi berbincang mengenai cadangan penjualan dan pembelian air terawat oleh negeri tersebut.

“Seperti saya pernah maklumkan sebelum ini, di dalam mesyuarat antara Menteri Besar, Ketua Menteri dengan Perdana Menteri, kita telah maklumkan bahawa kerajaan Perak dan Pulau Pinang telah mencapai kata persetujuan.

“Perak akan membekalkan air terawat kepada pulau pinang, bukan air mentah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Negeri Perak di Dewan Merdeka, Seri Manjung hari ini.

Mengulas lanjut, Saarani menjelaskan, beberapa faktor turut diambil kira sebelum pihaknya bersetuju menjual air ke Pulau Pinang, antaranya niat kerajaan negeri sendiri untuk memindahkan air ke Utara Perak.

Ini kerana, menurut beliau, pemindahan air ke kawasan berkenaan adalah bertujuan untuk bagi membantu menyelesaikan masalah pengairan pertanian.

Faktor kedua, katanya, adalah cadangan penubuhan taman perindustrian berteknologi tinggi di Kerian sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan lalu.

Justeru, beliau berkata, ia bermakna kerajaan negeri Perak perlu memberi bekalan air mencukupi di kawasan berkenaan untuk tujuan perindustrian tersebut.

“Jadi dengan sendirinya apabila air terawat dibuat di utara Perak, setelah berjaya menyelesaikan masalah pertanian di sana, kita juga menyelesaikan masalah keperluan air bagi kawasan cadangan penubuhan taman perindustrian berteknologi tinggi itu.

“Ini bermakna, kita juga boleh menjual air terawat kepada Pulau Pinang,” katanya yang turut memberitahu, perkara berkenaan adalah apa yang dibincangkan ketika perjumpaan antara kerajaan negeri Perak dan Pulau Pinang.

Selain itu, Saarani memaklumkan, kedua-dua negeri juga bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa bersama, yang mana kedua-duanya nanti akan memohon peruntukan dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi pembinaan loji rawatan air di utara Perak.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata bahawa perbincangan antara kedua-dua negeri berhubung Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) berkaitan bekalan air terawat memasuki fasa perbincangan yang positif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI