fbpx

Penyampai berita RTM akui termenung digelar Suzanna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang disunting oleh netizen semalam dan hasil solekan asal sebelum bersiaran.

PETALING JAYA – Solekan tampak jelek gara-gara disunting oleh pengguna TikTok, penyampai berita wanita di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak mahu ambil hati selepaas disamakan dengan watak hantu Indonesia, Suzanna.

Nur Amalina Abdul Halim, 35, yang bertugas di Melaka memberitahu dia akui terhibur apabila dikecam netizen sejak semalam.

“Allah saya tak tahu nak cakap apa. Mula-mula saya termenung juga, kemudian hanya mampu ketawa saja.

“Tiada permohonan maaf diterima secara peribadi namun saya ada terlihat pihak yang tularkan telah tampil buat permohonan maaf secara terbuka di TikTok dan telah memadam video berkenaan,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menerusi hantaran Instagramnya semalam, dia tampak terkilan terhadap dakwaan netizen yang menyatakan solekannya buruk walhal itu adalah solekan biasa dikenakan sebelum siaran berlangsung.

“Ia adalah solekan biasa dilakukan. Elok sahaja dan tidaklah seperti dakwaan netizen,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai jurusolek pada hari kejadian, Amalina memberitahu jurusoleknya juga dalam keadaan baik sahaja dan tertawa selepas insiden tular itu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM, Md. Shahri Saripan berkata, pihaknya terbuka dalam menerima pandangan serta nasihat daripada penonton setia stesennya

“Bagaimana pun pandangan atau perkara yang sengaja ditularkan dengan sedikit tokok tambah adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“RTM khususnya bahagian berita cukup terbuka dalam menerima pandangan, teguran atau nasihat orang ramai sebagai penonton setia semua program terbitan stesen ini.

“Kita tidak berhasrat untuk mengambil tindakan selanjutnya selepas individu terbabit memuat naik kenyataan maaf di platform media sosial tersebut,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pengguna media sosial khususnya TikTok lebih cakna dan bijak dalam memuat naik hantaran di akaun masing-masing pada masa hadapan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI