fbpx
Gambar hiasan

Kes buli jangan sorok bawah karpet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai sebuah sekolah berprestij di Kuala Kangsar, Perak yang terpalit dengan kes buli didakwa melibatkan pelajar senior tingkatan lima.

Mangsanya adalah pelajar tingkatan empat yang dipercayai dicederakan secara terjahan seperti bermain bola sepak sehingga dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Isu itu ‘pecah’ dalam media sosial apabila ibu bapa mangsa dikatakan tidak puas hati dengan hukuman yang dikenakan ke atas pelajar terbabit yang dianggap tidak setimpal dengan kecederaan yang dialami anaknya.

Seorang peguam kes jenayah menerusi hantaran video di TikTok memaklumkan ibu bapa tingkatan empat itu mempunyai hak untuk memperjuangkan nasib anaknya.

Lebih-lebih lagi kejadian tersebut berlaku pada pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Anak yang dikandung dan dijaga selama 16 tahun itu wajar dipertahankan apabila diperlakukan sedemikian sehingga mendatangkan kecederaan.

Kes-kes buli sebegini memang banyak berlaku di sekolah berasrama dan universiti.

Masih ingatkah kita nasib yang menimpa pelajar universiti, arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain yang ditekap seterika wap sebanyak 90 kali.

Kesan luka lecur pada arwah Zulfarhan adalah pada kategori tahap satu, dua dan tiga.

Kecederaan itu dari pangkal leher hingga ke kaki mang­sa termasuk bahu, lengan, dada, perut, rusuk, belikat, betis, paha dan buku lali mengikut pakar perubatan kes itu.

Tidak terfikir dek akal perbuatan buli itu diperlakukan oleh rakan sendiri. Apa perasaan ibu bapa apabila diberitahu apabila anaknya sudah meninggal dunia kerana buli.

Lebih-lebih lagi ketika dibicarakan di mahkamah mengenai derita yang ditanggung si anak.

Anak mereka dicederakan oleh pembuli.

Sebenarnya kejadian buli ini berlaku bersebab. Didikan ibu bapa di rumah juga menyumbang kepada peribadi seseorang seterusnya membentuk anak itu menjadi pembuli di sekolah.

Banyak kejadian ‘gaduh-gaduh’ kecil melibatkan anak-anak di taman permainan atau kawasan perumahan dibela bulat-bulat oleh ibu bapa sendiri yang secara tidak sedar telah membentuk anak jadi ‘pembuli’.

Anak orang lain yang ‘jahat’, anak sendiri kaki buli dibela sehingga apabila masuk ke asrama sekolah mereka ini akan menjadi ‘taiko buli’ pula.

Disebabkan itu juga kempen buli yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan sememangnya dipuji dan perlu perangi habis-habisan di sekolah, asrama dan insitusi pengajian tinggi.

Segala ‘aktiviti buli turun-temurun’ di sekolah asrama perlu dihapuskan dan sehingga tidak ada langsung.

Atas apa jua alasan, perbuatan buli perlu dibanteras kerana ia meragut banyak nyawa anak yang tidak berdosa dan kes disimpan rapi oleh pihak tertentu.

Selain itu, masa depan kaki pembuli juga akan ‘gelap’ apabila ia melibatkan kes kematian dan dihadapkan ke mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN