fbpx

Cedera disamun ketika joging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kecederaan dialami mangsa dalam kejadian samun ketika berjoging di Seksyen 27, Shah Alam

SHAH ALAM – Riadah seorang lelaki dengan joging pada awal pagi bertukar tragedi apabila cedera disamun di kawasan perumahan di Seksyen 27 di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.50 pagi, mangsa berusia 30 tahun cedera di kedua-dua belah tangan dan telah menerima rawatan di Hospital Shah Alam (HSA).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira pukul 8.30 malam tadi dengan menyatakan adiknya telah disamun ketika berjoging.

Katanya, berdasarkan siasatan awal seorang suspek lelaki bersenjatakan parang dengan menaiki sebuah motosikal telah mendekati mangsa yang merupakan pekerja swasta di Kuala Lumpur sewaktu melakukan riadah di lokasi kejadian.

“Suspek dikatakan merampas beg milik mangsa namun dihalang sehingga menyebabkan suspek bertindak mencederakan mangsa.

“Tiada sebarang kerugian dialami dengan mangsa telah menerima rawatan di HSA,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tegas beliau, lokasi kejadian bukan merupakan kawasan hotspot samun dengan insiden itu adalah kali pertama berlaku di lokaliti tersebut.

Mohd. Iqbal menambah, usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan dengan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Anis Shafika ditalian 011-10951310.

Kes disiasat mengikut 394 kanun keseksaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI