fbpx

Bendera gergasi Palestin dipasang sebelum MBPP lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bendera gergasi Palestin mula dipasang di Flat Jalan Sungai, pada 14 Oktober lalu.

GEORGE TOWN – Pemasangan bendera Palestin bersaiz kira-kira 15 meter di Flat Jalan Sungai di sini pada Oktober lalu dibuat tanpa mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Ahli Majlis MBPP, Rohaizat Hamid berkata, walaupun pemasangan tersebut tidak mendapat kelulusan dan MBPP juga berhak untuk menurunkan bendera tersebut tetapi atas keprihatinan tindakan tersebut tidak diambil malah bendera tersebut masih digantung di situ.

“Permohonan telah dikemukakan kepada MBPP pada 11 Oktober lalu dan bendera Palestin tersebut telah digantung pada 14 Oktober. Pihak MBPP juga telah memberi maklum balas secara bertulis kepada pihak berkenaan melalui surat rasmi bertarikh 23 Oktober.

“Tindakan menaikkan bendera tersebut tanpa mendapatkan kelulusan MBPP dianggap sebagai melanggar garis panduan MBPP.

“MBPP juga berhak untuk menurunkan bendera tersebut tetapi atas keprihatinan MBPP, tindakan tersebut tidak diambil dan bendera tersebut masih digantung di situ,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rohaizat berkata, sebarang cadangan pemasangan peralatan atau pelaksanaan sebarang aktiviti di premis MBPP perlu mendapatkan kelulusan daripada MBPP terlebih dahulu.

Tambahnya, MBPP ingin menegaskan bahawa MBPP tiada halangan untuk menunjukkan tanda solidariti terhadap pergolakan yang berlaku kepada rakyat Palestin.

“Pemasangan bendera yang panjang seperti ini adalah tanpa kebenaran dan pandangan jabatan teknikal MBPP dikhuatiri boleh menimbulkan masalah dari segi keselamatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI