fbpx

Bapa pemain Liverpool diculik telah dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAZ berasa amat gembira selepas mengetahui bapanya yang diculik selama 13 hari lepas sudah dibebaskan dan selamat.

LONDON – Bapa kepada pemain Liverpool kelahiran Colombia, Luis Diaz telah dibebaskan oleh puak gerila saya kiri yang menculiknya selama 13 hari lepas, kata sumber polis dan media tempatan.

Luiz Manuel Diaz telah diserahkan kepada pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pegawai gereja Katolik oleh anggota Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN).

Manuel telah diculik pada 28 Oktober lalu di kampung halaman keluarganya di Barracas.

Terdahulu, ibu kepada pemain bola sepak itu turut ditangkap, namun dibebaskan dalam tempoh beberapa jam selepas itu.

BAPA Luis Diaz (tengah) dibawa menaiki helikopter tentera ke ke bandar Valledupar bagi menjalani pemeriksaan kesihanatan sebelum dikembalikan kepada keluarganya.

Media tempatan memberitahu, Manuel yang dibebaskan itu telah dibawa menggunakan helikopter tentera ke bandar Valledupar, di mana beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dikembalikan kepada keluarganya.

Mereka juga memetik pihak berkuasa sebagai berkata, Manuel berada dalam keadaan yang baik tanpa ada tanda-tanda penyiksaan atau penganiayaan.

Menurut akhbar El Tiempo, berlaku adegan beremosi di kawasan kejiranan di mana pasangan itu tinggal dengan ahli keluarga menaiki kereta sambil memandu di jalanan bagi meraikan pembebasan bapa Diaz itu.

Kebanyakan mereka memakai jersi pasukan Liverpool yang mempunyai No. 23 dan nama Luiz Diaz.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu TNT Sports bahawa pemain tersebut sangat gembira dengan khabar bapanya sudah dibebaskan.

“Kami gembira dengan berita bapa (Luis Diaz) telah selamat kembali dan kami berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan beliau dibebaskan,” kata kelab itu pada X.

Sementara itu, Luiz Alfonso Diaz, sepupu kepada bapa pemain bola sepak itu memberitahu Caracol Radio bahawa sebaik pembebasan itu berlaku, ia begitu mengharukan semua pihak selepas beberapa hari dalam kesedihan.

“Kami berasa satu kepuasan yang amat hebat, kami gembiran kerana ia sudah sampai ke penghujungnya,” kata Alfonso.

Presiden Colombia, Gustavo Petro turut memuat naik status pada X dengan mesej, ‘Hidup Bebas dan Aman’.

Pada masa sama, Persekutuan Bola Sepak Colombia mengeluarkan kenyataan melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab atas pembebasan bapa Diaz termasuk kerajaan, tentera dan polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI