fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: ‘Keadaan teruk, teruk, teruk, teruk, seteruk-teruknya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Ain berkongsi situasi terkini di Gaza menerusi perkongsiannya di TikTok.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata situasi terkini di Palestin selepas negara itu teruk diserang tentera Israel sejak 7 Oktober lalu sehingga mengorbankan lebih 10,000 nyawa penduduk.

Nurul Ain bersama suaminya dan saudara yang lain masih terperangkap di Semenanjung Gaza memandangkan situasi di sana semakin genting sehingga menghalang mereka untuk keluar dari kawasan tersebut.

“Macam mana nak gambarkan situasi dekat sini, sangat-sangat teruk, teruk, teruk, teruk, seteruk-teruknya,” kongsinya menerusi video terbaharu yang dimuat naik di TikToknya sebentar tadi.

Dalam video tersebut, Nurul Ain turut memaklumkan mereka telah kehabisan bekalan makanan malah di kedai juga tiada stok yang tersedia.

“Assalamualaikum semua, cuma nak beritahu, nak maklumkan tadi saya pergi pemborong, stok memang licin habis, tak ada stok langsung.

“Barang-barang dalam tin semua tak ada stok, licin langsung. Untuk masa sakarang, saya dan suami buat keputusan untuk bagi sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada mereka yang memerlukan.

“Kemungkinan mereka boleh beli makanan-makanan yang lain yang lebih baik. Maksudnya mungkin makanan yang sudah siap masak, macam nasi dengan ayam. Kalau ada yang boleh masak itu selalunya mereka akan guna duit bantuan beli beras,” katanya.

Tambahnya, sekiranya stok makanan di kedai kembali pulih, dia dan suami akan sambung semula mengedarkan bantuan tersebut kepada penduduk sekitar hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi akaun banknya sebelum ini.

“Insya-Allah kita akan beri wang tunai, kita dah tak beri bantuan bekalan makanan. Insya-Allah orang kedai itu cakap kalau dia ada stok dia akan hubungi dan kita akan mula balik (bagi bantuan bekalan makanan).

“Saya dan suami akan sedaya upaya membantu rakyat di sini (Palestin,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

@adan2021 #gazaunderattack❤️🇵🇸 #fyp #palestine #savegaza #malaysia ♬ original sound – Nurul Ain

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI