fbpx

Menyanyi sumbang, gadis diserang kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran perkongsian @rohoddpanjaitan di aplikasi TikTok.

PETALING JAYA – Video lucu pemilik akaun TikTok @rohoddpanjaitan menunjukkan seekor kucing menyerang seorang gadis muda dipercayai ‘nyanyiannya sumbang’ menjadi sensasi di media sosial.

Menerusi hantaran perkongsian yang meraih kira-kira 7.2 juta penonton ini, individu yang dirakam dilihat sedang menyanyikan sebuah lagu Indonesia ‘Tak Segampang Itu’ milik Anggi Marito.

Kucing itu dilihat menyerang setiap kali gadis itu menyambung lirik lagu tersebut seakan menyuruh gadis itu sedar bahawa suaranya tidak ‘harmoni’ didengari.

“Emang tidak pantas suaranya sama seperti lagunya yah (Memang tak sesuai suaranya dengan lagi itu ya),” seloroh pemilik video itu kapsyen video tersebut.

Bagaimanapun, gadis itu tidak mempunyai kecederaan berat akibat serangan ‘manja’ kucing tersebut.

Meninjau komen-komen yang ditinggalkan, ramai dalam kalangan pengguna tercuit hati melihat gelagat kucing oyen itu seperti tidak menginzinkan gadis itu menyanyi.

“Sebelum dia jadi kucing, dulu dia guru vocal,” komen seorang lagi pengguna laman sosial.

“Bukan manusia je tak nak dengar, kucing pun tak sudi dengar,” seloroh Zayyid.

Sehingga kini, pemilik video tersebut telah memuat naik dua video berasingan mengenai ‘aksi’ kucing menyerang itu yang masing masingnya mempunyai ratusan ribuan tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI