fbpx

[VIDEO] Empat pekerja pembinaan dikhuatiri tertimbus di Pulau Perhentian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan runtuhan tapak binaaan sebuah resort yang dikhuatiri menimbuskan empat pekerja di Pulau Perhentian, Besut hari ini.

KUALA TERENGGANU – Empat pekerja pembinaan warga asing dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan di tapak sebuah resort di Pulau Perhentian, Kuala Besut hari ini.

Sewaktu kejadian pada kira-kira pukul 7.30 pagi itu, kesemua mangsa bersama empat rakan sekerja lain yang kesemuanya warga Myanmar sedang berada di tapak pembinaan tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu berkata, bangunan resort yang sedang dalam pembinaan itu tiba-tiba runtuh lalu menimbus empat mangsa terbabit.

“Empat yang terselamat telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian untuk menerima rawatan.

“Dalam pada itu, empat mangsa dikhuatiri tertimbus di dalam runtuhan terbabit,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap PGO JBPM Terengganu berkata, pihak telah memohon bantuan unit udara jabatan itu untuk memasuki Pulau Perhentian memandangkan laut bergelora ekoran peralihan monsun Timur Laut (MTL).

Beliau berkata, bantuan Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Bomba (STORM) juga telah dipohon bagi menjalankan operasi terbabit.

Laporan lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI