fbpx

Video tular tiada kaitan kes culik kanak-kanak di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video rakaman sebuah kereta yang dikaitkan kes penculikan kanak-kanak sekitar daerah Sepang sejak minggu lalu.

SEPANG – Polis menafikan sebuah rakaman video tular yang didakwa berkait dengan kes culik di sekitar daerah ini sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, video itu yang memaparkan dua individu sedang menaiki sebuah kereta yang didakwa terlibat dalam kes culik adalah tidak benar.

Katanya, siasatan mendapati, nombor pendaftaran kereta itu didapati terlibat dengan kes melarikan diri selepas melalui pemeriksaan polis pada 31 Oktober lalu.

“Ketika kejadian, kereta itu dikesan dalam keadaan mencurigakan di hadapan kedai dobi di Sepang Putra, Sungai Pelek sebelum pihak polis dihubungi berkaitan perkara itu.

“Kedua-dua suspek adalah lelaki warga asing. Ketika ditahan, suspek bertindak melanggar motosikal milik anggota polis sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Wan Kamarul, kedua-dua suspek berjaya diberkas pada hari sama di hadapan sebuah hotel di Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.

“Kami turut merampas sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu dan sebuah kereta jenis Honda CRV berwarna merah. Kedua-dua suspek didapati tiada dokumen perjalanan sah selain ujian saringan dijalankan mendapati positif dadah jenis metaphatamine.

“Kedua-dua suspek telah direman sehingga 4 November lalu sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk direman mengikut Akta Imigresen 1959/1963 selama 14 hari sehingga 18 November ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI