fbpx

Tiga minit tenung sebelum larikan ‘gold bar’ RM29,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONGKONG emas bernilai RM29,000 yang dilarikan Ming Ming.

MELAKA – Seorang wanita diberkas polis selepas dipercayai telah melarikan jongkong emas bernilai RM29,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Kampung Jawa di sini dalam kejadian bulan lalu.

Suspek berusia 25 tahun itu diberkas sepasukan anggota daripada Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada pukul 6.45 petang di sebuah rumah di Taman Malim Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mengikut laporan dibuat, suspek telah masuk ke kedai emas berkenaan pada pukul 4.30 petang, 30 Oktober lalu.

“Dia kemudian meminta seorang pekerja mengeluarkan satu gold bar atau jongkong emas 999 yang beratnya 100 gram dengan alasan ingin melihatnya.

“Suspek memegang gold bar itu lebih kurang 3 minit sebelum tiba-tiba melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Nissan Livina bersama-sama dua orang lagi yang berada dalam kenderaan itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, susulan kejadian itu pasukan polis berjaya mengesan seorang wanita dengan nama panggilan Ming Ming dan menahan suspek di sebuah rumah dipercayai disewa.

“Hasil pemeriksaan di premis polis menemui satu botol yang dalamnya terdapat plastik lutsinar mengandungi gold bar bertulis Suisse 100 gram 999.

“Hasil soal siasat suspek mengaku terlibat dalam kes dilaporkan dan satu kes di Tengkera yang sedang disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan, kerana mencuri wang di restoran tempat dia bekerja,” jelasnya.

Christopher memberitahu, suspek merancang untuk menjual jongkong emas tersebut bagi menampung kehidupannya selepas dibuang kerja dan mendakwa kini tinggal seorang diri kerana mempunyai konflik dengan keluarganya.

Katanya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI