fbpx

PPDKSD aktif anjur program untuk golongan berkeperluan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanizan (depan, kanan) bergambar bersama kanak-kanak berkeperluan khas dan panel persidangan pada sesi pagi majlis anjuran PPDKSD di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Program An Evening of Truly Malaysia Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway anjuran Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down (PPDKSD) di sini baru-baru ini telah berjaya mencapai objektifnya untuk meningkatkan kesedaran tentang hal ehwal dan minat serta bakat yang ada pada kanak-kanak berkeperluan khas.

Pengerusi PPDKSD, Hanizan Hussin berkata, program yang turut mendapat kerjasama daripada Projek Extra Chromosome Extra Awesome Festival itu juga mendapat sambutan baik daripada ibu bapa, penjaga, para guru dan masyarakat yang prihatin tentang kumpulan kanak-kanak istimewa ini.

Menurut beliau, program sehari itu terbuka kepada semua golongan berkeperluan khas bukan hanya Sindrom Down semata-mata kerana ia padat dengan pelbagai aktiviti termasuk satu majlis ilmu berupa sidang pleno yang bertajuk, Intervensi Awal, mana nak mula?

Sesi bual bicara bersama beberapa pakar yang berkaitan dengan golongan berkeperluan khas itu telah memberi peluang kepada ibu bapa mendapatkan pelbagai ilmu bermanfaat untuk membolehkan mereka membesarkan anak-anak istimewa ini sehingga dewasa dan boleh berdikari dan be­kerja.

“Ini adalah antara kejayaan kami membantu anak-anak ini membesar dalam persekitaran yang sihat dan harmoni, mendapat ilmu pelajaran dengan kemahiran dan boleh bekerja serta berdikari,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Hanizan berkata, pelbagai platform telah disediakan oleh kerajaan dan juga dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan untuk membolehkan ibu bapa yang memiliki anak-anak berkeperluan khas mendapat pelbagai ilmu dan mengikuti program yang dianjurkan.

Selain itu, bersempena program tersebut, 49 kanak-kanak Sindrom Down telah mempamerkan bakat masing-masing dengan memperagakan koleksi fesyen dan kasut bersama 21 model profesional. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI