fbpx

Kejadian tanah runtuh di Lebuh Raya SILK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tanah runtuh di Lebuh Raya SILK

PETALING JAYA – Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kilometer (KM) 15.4 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) arah Selatan dari Sungai Long menuju ke Semenyih petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan, insiden berkenaan menyebabkan lorong kiri di laluan berkenaan terhalang.

“Berhati-hati memandu. Penutupan sementara lorong kiri (lorong perlahan) bagi kerja-kerja pembaikan cerun di KM15.4 (arah selatan) Lebuh Raya SILK,” kata LLM hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI