fbpx

Hina Jata Negara: Kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat AG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan editor buku kontroversi berjudul “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia”, Kean Wong telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 25 Oktober lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Bukit Aman, di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di bawah Seksyen Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Kertas siasatan telah dihantar pada 25 Oktober lalu kepada Pejabat Peguam Negara, dan masih lagi di peringkat kajian mereka,” katanya.

Terdahulu, portal tempatan melaporkan Kean dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk disoal siasat mengikut Akta Hasutan selepas ditahan  di pejabat imigresen Kelana Jaya semasa memohon pembaharuan pasport.

Pada 2020, PDRM menjalankan siasatan terhadap Kean berkaitan gambar kulit buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’, yang didakwa menghina Jata Negara.

Dalam pada itu, mengulas mengenai fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah, Razarudin berkata, kertas siasatan juga telah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara pada 31 Oktober lalu.

Ujarnya, kes tersebut juga dijalankan oleh USJT, di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Sekysen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Kertas siasatan telah dihantar ke pihak Pejabat Peguam Negara pada 31 Oktober untuk kajian. Belum dapat maklum balas lagi setakat ini,” jelasnya ringkas.

Terdahulu, penyedia kandungan TikTok Pro Perikatan Nasional (PN), Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai berkongsi satu video mengandungi tangkap layar memaparkan akaun media sosial Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Video berkenaan memaparkan gambar isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI